Fishing Team Website

SembangForum

Post Reply
Forum Home > RESEPI MASAKAN > Selar Kuning Masak Kicap Ala Natasya

Chef Somad
Member
Posts: 29

Bahan-Bahan:

6 ekor ikan selar kuning (disiang terlebih dahulu)

5 biji bawang merah (dikisar)

3 biji bawang putih (dikisar)

1 inci halia (dikisar)

1 batang kulit kayu manis

1 biji bunga lawang

2 biji bunga cengkih

2 biji buah pelaga 2 biji kentang (potong 4)

6 camca kicap

2 cawan air

Daun sup

Kunyit dan sedikit garam

Minyak masak

Cara:

Panaskan minyak terlebih dahulu.Gaulkan ikan dengan kunyit dam garam.Goreng sehingga garing.Ketepikan.Kemudian tumis bahan-bahan yang dikisar.Masukkan sekali kulit kayu manis,bunga cengkih,bunga lawang dan buah pelaga.Tumis hingga naik bau.Masukkan air,kicap serta kentang.Tunggu hingga kentang empuk.Selepas itu masukkan ikan yang siap digoreng.Taburkan daun sup sebelum dihidangkan.

Tambahan:

Selamat mencuba!!!

August 2, 2009 at 12:33 PM Flag Quote & Reply

You must login to post.

Video Terbaru!

98 views - 0 comments
110 views - 0 comments
106 views - 0 comments
87 views - 0 comments