| Forum Home > RESEPI MASAKAN > Sambal Ikan strawberi | ||
|---|---|---|
|
Member Posts: 29 |
Bahan-Bahan: Seekor ikan bawal sederhana besar Bahan giling : 3 biji bawang merah 1 biji bawang putih 3 senduk cili kering 4 biji strawberi kering - dihiris 1 biji bawang besar - dihiris 2 sudu sos cili setengah cawan air secubit asam jawa 1 senduk minyak 2 sudu gula garam secukup rasa Cara: Ikan bawal digoreng garing dan diasingkan. Tumis bahan giling hingga naik bau. Masukkan gula, garam dan sos. Setelah sebati masukkan pula air asam jawa. Tunggu sebentar dan masukkan air. Selepas menggelegak masukkan bawang besar dan strawberi yang telah dihiris kecil-kecil. Tunggu sebentar kuah agak pekat. Cadangan Hidangan: Letakkan ikan di atas piring bujur yang telah dihias dengan daun salad dan hirisan tomato. Kemudian siramkan kuah ke atas ikan. Tambahan: Penentuan tambahan dan kuantiti pada bahan adalah tertakluk kepada anda sendiri. Tiada undang-undang yang tetap. Strawberi juga boleh diganti dengan kismis atau sebagainya.
| |
| ||