Fishing Team Website

Berita&Blog Post New Entry

BERITA MESYUARAT SESI 09/10 (1)

Posted by matakail on June 28, 2009 at 8:21 PM

Pada Tanggal 30hb May 2009 Yang Lepas Bertempat Di Restoran Anjung Telah Di Sponser Penuh Oleh Tuan Haji Pemiliknya Berlansungnya Mesyuarat Pertama Bagi Musim 09/10.

Agenda Mesyuarat Tersebut Merangkumi Acara Penyampaian Hadiah Juara Bagi Trip Tahunan Musim 08/09 iaitu En. Musaini bin Gani, Yang Telah Berjaya Menewaskan 20 Peserta Lain Dengan Menjinakkan Seekor Yu Seberat 1.0KG dan telah menerima sebiji mesin pancing berjenama EXORI.

 

Hadiah JUARA Trip 2009

          

Mr. Musaini (MUS) JUARA 2009 Sedang Cover Hensem

 

Perlantikan Ahli Jawatankuasa Baru Untuk Sesi 09/10 Dengan Sebulat Suara Ahli Semua Jawatan Untuk Pengerusi, Bendahari dan Setiausaha Kelab Akan Terus Disandang Oleh Saudara En. ADNAN BAKAR.

 

(Orang Lama) Pengerusi, Setiausaha, Bendahari Lama Jadi Baru Lagi

 

Perbincangan Juga Melibatkan Pembayaran Yuran Ahli Yang Sebulat Suara Telah Ditetapkan Sebanyak RM20.00 Sebulan Bermula 1HB JUN 2009. (Pembayaran Diwajibkan Setiap bulan untuk mengelakkan masalah dimasa hadapan)

 

Perancangan Destinasi Untuk Trip Tahunan Bagi Musim 09/10 Telah Mendapat 5 Cadangan Dari Ahli. Senarai Destinasi Tersebut Adalah Seperti Berikut :-

 

1. Pulau Tengkorak, Sabak Bernam, Selangor

2. Dungun, Terengganu

3. Nenasi, Pahang

4. Pulau Sembilan, Perak

5. Kg. Nelayan Portugis, Melaka

 

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.00 malam dan akan bersambung pada tarikh yang akan ditetapkan kelak.

 

Klik disini untuk gambar mesyuarat

Categories: None

Post a Comment

Oops!

Oops, you forgot something.

Oops!

The words you entered did not match the given text. Please try again.

Already a member? Sign In

2 Comments

Reply wakwedok
1:30 PM on June 30, 2009 
Congratulation utk Panglima Bakar kerana dilantik 3 jawatan sekali gus..... hebat tuh.....ni... camna ker cara nak bayor yuran bulanan ni... ater.... bagi ler no account ...... minta mahap je la yer .. cadangan jer
Reply PuTRa EimS
2:12 PM on June 30, 2009 
nak account number kena call la pengerusi tuh sendiri cik oi..

Video Terbaru!

96 views - 0 comments
109 views - 0 comments
105 views - 0 comments
87 views - 0 comments