|
|
Asalamualaikum dan salam sejahtera..
Selamat sudah ekspedisi yang dirancang selama setahun oleh ahli pemancing TEAM PANCING ARA ke lubuk biasa iaitu Tanjung Lumpur, Kuantan pada 1hb May 2009 yang lepas.
Seramai 21 orang ahli yang terdiri dari orang orang tua, pertengahan tua dan pemuda menghadapi gelora selama 2 hari satu malam yang menyaksikan beberapa hulubalang yang biasa tewas dan sentiasa tewas dan ada juga yang bersemangat waja dari awal sehingga ke akhir waktu perjalanan.
Walaupun tahun ini para ahli tiada dapat menaikkan species yang berkualiti dan berat berat, namun kepuasan ahli semua dirasai dan dinikmati bersama dengan pembahagian hasil tangkapan yang terdiri seperti sotong, kerapu, ikan apollo, dan bermacam macam species ikan karang yang comel comel untuk dijadikan juadah sekeluarga.
Didalam pertandingan untuk menentukan juara keseluruhan ekspedisi 09 ini pula ada 3 orang ahli yang telah beradu kelebihan ikan masing masing. setelah di timbang tolak berat maka keputusan para hakim adalah muktamad yang mana peserta baru dari BOT C iaitu MUSAINI B GANI telah di nobatkan selaku juara dengan tangkapan Ikan YU seberat 1.0 kg dan akan menerima hadiah pada mesyuarat pertama untuk musim 2010.
Akhir kata dari wartawan dan moderator " Selam selamkan lah pancingmu...andai terkait ikan di lubuk, jgn biar di serah kalah"
SELAMAT MENERUSKAN CABARAN 2010
Wasallam.
Categories: BERITA PANCING
The words you entered did not match the given text. Please try again.
Oops!
Oops, you forgot something.