Fishing Team Website

Berita&Blog Post New Entry

Tanjung Lumpur Oh Tanjung Lumpur

Posted by matakail on June 28, 2009 at 8:05 PM Comments comments (0)

Asalamualaikum dan salam sejahtera..

 

Selamat sudah ekspedisi yang dirancang selama setahun oleh ahli pemancing TEAM PANCING ARA ke lubuk biasa iaitu Tanjung Lumpur, Kuantan pada 1hb May 2009 yang lepas.

 

Seramai 21 orang ahli yang terdiri dari orang orang tua, pertengahan tua dan pemuda menghadapi gelora selama 2 hari satu malam yang menyaksikan beberapa hulubalang yang biasa tewas dan sentiasa tewas dan ada juga yang bersemangat waja dari awal sehingga ke akhir waktu perjalanan.

 

Walaupun tahun ini para ahli tiada dapat menaikkan species yang berkualiti dan berat berat, namun kepuasan ahli semua dirasai dan dinikmati bersama dengan pembahagian hasil tangkapan yang terdiri seperti sotong, kerapu, ikan apollo, dan bermacam macam species ikan karang yang comel comel untuk dijadikan juadah sekeluarga.

 

Didalam pertandingan untuk menentukan juara keseluruhan ekspedisi 09 ini pula ada 3 orang ahli yang telah beradu kelebihan ikan masing masing. setelah di timbang tolak berat maka keputusan para hakim adalah muktamad yang mana peserta baru dari BOT C iaitu MUSAINI B GANI telah di nobatkan selaku juara dengan tangkapan Ikan YU seberat 1.0 kg dan akan menerima hadiah pada mesyuarat pertama untuk musim 2010.

 

Akhir kata dari wartawan dan moderator " Selam selamkan lah pancingmu...andai terkait ikan di lubuk, jgn biar di serah kalah"

 

SELAMAT MENERUSKAN CABARAN 2010

 

Wasallam.

 

Klik disini untuk gambar trip ini

CERITA TRIP TELUK INTAN

Posted by matakail on June 28, 2009 at 7:50 PM Comments comments (1)

06 JUN 2009 - 07 JUN 2009 , TEAM (Nan, Eims, Andak, Somad, Haji, Ust.Sidek, Ani Lebuh, Wak) telah pergi memancing dan memukat ke lokasi Teluk Intan Perak.Trip ini telah berjalan dengan jayanya yang mana bermacam macam spesis sungai dan parit telah di bawa naik ke atas darat seperti lampam, puyu, haruan, keli, baung, udang galah, sepat, belida. rezki yang berlimpah ruah ini telah memuatkan sebuah coleman.

 

Untuk Juara Trip ini telah di menangi oleh ahli baru TEAM iaitu Saudara Somad yang berjaya menjinakkan seekor ikan keli seberat 4kg pada jam 4 pagi di kunci air sg.jawi.

 

Klik Disini Untuk Lihat Semua Gambar Trip ini


           

 


Video Terbaru!

96 views - 0 comments
109 views - 0 comments
105 views - 0 comments
87 views - 0 comments