Fishing Team Website

Berita&Blog Post New Entry

Ruangan Ini Disediakan Khas Untuk Ahli Ahli Pancing Ara D`sara Memaparkan BERITA & ARTIKEL Aktiviti Masing Masing. Segala Berita dan Artikel Yang Saudara/Saudari Sediakan Boleh Di Masukkan Terus Keruangan Ini Mengunakan Button Post New Entry Ataupun Boleh Juga Di Emailkan Kepada [email protected] , [email protected] Berita & Artikel Mestilah Mempunyai Gambar dan Maklumat Pengirim, Tempat Serta Waktu Yang Betul. Pihak Pengurusan Berhak Untuk Membuang Berita & Artikel Yang Di Anggap Mengarut, Menciplak Atau Palsu.

view:  full / summary

MAJLIS KORBAN AIDILADHA 2009 SERI MERANTI ARA DAMANSARA

Posted by matakail on November 29, 2009 at 1:26 AM Comments comments (0)

PROGRAM KORBAN AIDILADHA 2009 SERI MERANTI ARA DAMANSARA

  

Jam 9.00 Pagi Ahad Bertarikh 29 November 2009 Bertempat Di Kawasan Perumahan Seri Meranti Ara Damansara Juga Di Surau Telah Berlansung Program Korban Aidiladha Yang Mana Sebahagian Dari Ahli Team Pancing Ara Dsara Telah Bersama sama Bergotong Royong Dan Bekerja Sama Dengan Penduduk Seri Meranti. Sebanyak 5 Ekor Lembu Dari Belbagai Pihak Telah Dikorbankan Walaupun Didalam Hujan Renyai Dipagi Tersebut.

  

Program Berjalan Dengan Sempurna Sehingga Jam 1.00 Petang Disudahi Dengan Jamuan Makan Tengah Hari Berlaukkan SUP TULANG / DAGING KARI. Daging Korban Telah DiAgihkan Kepada Penduduk Setempat. Turut Serta Dalam Majlis Adalah Pengerusi Kita En.Adnan Bakar, Saleh, Eims, Midun, Andak, WakDol, Wak Jenal, Haji (Tukang Sembelih) Ustat Sidek, Man Botak, Ani Lebuh(RELA).Semoga Program Ini Kita Mendapat Manfaat Yang Besar dan Menjalinkan Lagi Silaturahim DiAntara Kita.

 

   

Lagi Gambar Program Sila Klik Disini

 

 

Perkahwinan Anak Kepada Ahli (BOTAK-JAWA)

Posted by matakail on October 23, 2009 at 2:57 AM Comments comments (1)

Selamat Pengantin Baru Selamat Penganting Baru diucapkan kepada Pasangan Siti Noor Azreen Bt Tamisly anak kepada Ahli Pancing Ara (Botak)dengan Muhammad Auzir Iquan Ab. Razak .

Berlangsung pada 18hb Oktober 2009 bersamaan 29 Syawal 1430 Hijrah

Alamat Rumah : No 10, Blok A3, Jalan Damai 25/60, Taman Sri Muda 40400 Shah Alam.

Kepada semua Ahli Pancing diharap dapat hadir pada majlis tersebut.

 

klik disini untuk melihat gambar majlis

Sabak Bernam TRIP

Posted by PuTRa EimS on July 24, 2009 at 8:52 AM Comments comments (2)

18 HB JULAI 2009, Saya selaku wartawan dan jurugambar kelab pancing ara telah bersama sama dengan pengerusi kelab dan tukang masak restoran Haji iaitu somad melayan ketenangan di jeti nelayan sg air tawar sabak bernam. pada jam 12.00 malam pada malam minggu tersebut kami bertolak setelah menunggu En. Ani lebuh kita balik dari bertugas RELA..tapi memang dah dasar lebuh..jadi lebuhhh la jugak menunggunya tak kunjung tiba..


Sampai di jeti tersebut kami terus memancing tanpa menghiraukan suhu kesejukan dikala itu dan macam kat antartika..tapi demi mencari rezki..kami melayan sehingga bermacam macam spesis naik diantaranya ikan kerapu singa,anak pari, sotong kurita, gelama, gelama pisang, duri dan belukang..


di siang hari pula, kepanasan tahap melampau telah meliputi kawasan pancing kami hingga membuatkan saya sentiasa masuk tidur di pangkin rumah jeti.. dan berselang seli dengan pekena ABC dan CENDOL di gerai WAK yang kami kenali dari sejak memancing disini.


Jam 6.00 petang tepat kami beransur kembali ke petaling jaya..yang mana mengikut peribahasa melayu... hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri..jadi kami pun pulanglah ke halaman sendiri membawa rezeki yang telah Allah tetapkan pada kami untuk trip kali ini. Sekian.. salam.


Klik disini untuk gambar trip ini

BERITA MESYUARAT SESI 09/10 (1)

Posted by matakail on June 28, 2009 at 8:21 PM Comments comments (2)

Pada Tanggal 30hb May 2009 Yang Lepas Bertempat Di Restoran Anjung Telah Di Sponser Penuh Oleh Tuan Haji Pemiliknya Berlansungnya Mesyuarat Pertama Bagi Musim 09/10.

Agenda Mesyuarat Tersebut Merangkumi Acara Penyampaian Hadiah Juara Bagi Trip Tahunan Musim 08/09 iaitu En. Musaini bin Gani, Yang Telah Berjaya Menewaskan 20 Peserta Lain Dengan Menjinakkan Seekor Yu Seberat 1.0KG dan telah menerima sebiji mesin pancing berjenama EXORI.

 

Hadiah JUARA Trip 2009

          

Mr. Musaini (MUS) JUARA 2009 Sedang Cover Hensem

 

Perlantikan Ahli Jawatankuasa Baru Untuk Sesi 09/10 Dengan Sebulat Suara Ahli Semua Jawatan Untuk Pengerusi, Bendahari dan Setiausaha Kelab Akan Terus Disandang Oleh Saudara En. ADNAN BAKAR.

 

(Orang Lama) Pengerusi, Setiausaha, Bendahari Lama Jadi Baru Lagi

 

Perbincangan Juga Melibatkan Pembayaran Yuran Ahli Yang Sebulat Suara Telah Ditetapkan Sebanyak RM20.00 Sebulan Bermula 1HB JUN 2009. (Pembayaran Diwajibkan Setiap bulan untuk mengelakkan masalah dimasa hadapan)

 

Perancangan Destinasi Untuk Trip Tahunan Bagi Musim 09/10 Telah Mendapat 5 Cadangan Dari Ahli. Senarai Destinasi Tersebut Adalah Seperti Berikut :-

 

1. Pulau Tengkorak, Sabak Bernam, Selangor

2. Dungun, Terengganu

3. Nenasi, Pahang

4. Pulau Sembilan, Perak

5. Kg. Nelayan Portugis, Melaka

 

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.00 malam dan akan bersambung pada tarikh yang akan ditetapkan kelak.

 

Klik disini untuk gambar mesyuarat

Tanjung Lumpur Oh Tanjung Lumpur

Posted by matakail on June 28, 2009 at 8:05 PM Comments comments (0)

Asalamualaikum dan salam sejahtera..

 

Selamat sudah ekspedisi yang dirancang selama setahun oleh ahli pemancing TEAM PANCING ARA ke lubuk biasa iaitu Tanjung Lumpur, Kuantan pada 1hb May 2009 yang lepas.

 

Seramai 21 orang ahli yang terdiri dari orang orang tua, pertengahan tua dan pemuda menghadapi gelora selama 2 hari satu malam yang menyaksikan beberapa hulubalang yang biasa tewas dan sentiasa tewas dan ada juga yang bersemangat waja dari awal sehingga ke akhir waktu perjalanan.

 

Walaupun tahun ini para ahli tiada dapat menaikkan species yang berkualiti dan berat berat, namun kepuasan ahli semua dirasai dan dinikmati bersama dengan pembahagian hasil tangkapan yang terdiri seperti sotong, kerapu, ikan apollo, dan bermacam macam species ikan karang yang comel comel untuk dijadikan juadah sekeluarga.

 

Didalam pertandingan untuk menentukan juara keseluruhan ekspedisi 09 ini pula ada 3 orang ahli yang telah beradu kelebihan ikan masing masing. setelah di timbang tolak berat maka keputusan para hakim adalah muktamad yang mana peserta baru dari BOT C iaitu MUSAINI B GANI telah di nobatkan selaku juara dengan tangkapan Ikan YU seberat 1.0 kg dan akan menerima hadiah pada mesyuarat pertama untuk musim 2010.

 

Akhir kata dari wartawan dan moderator " Selam selamkan lah pancingmu...andai terkait ikan di lubuk, jgn biar di serah kalah"

 

SELAMAT MENERUSKAN CABARAN 2010

 

Wasallam.

 

Klik disini untuk gambar trip ini

CERITA TRIP TELUK INTAN

Posted by matakail on June 28, 2009 at 7:50 PM Comments comments (1)

06 JUN 2009 - 07 JUN 2009 , TEAM (Nan, Eims, Andak, Somad, Haji, Ust.Sidek, Ani Lebuh, Wak) telah pergi memancing dan memukat ke lokasi Teluk Intan Perak.Trip ini telah berjalan dengan jayanya yang mana bermacam macam spesis sungai dan parit telah di bawa naik ke atas darat seperti lampam, puyu, haruan, keli, baung, udang galah, sepat, belida. rezki yang berlimpah ruah ini telah memuatkan sebuah coleman.

 

Untuk Juara Trip ini telah di menangi oleh ahli baru TEAM iaitu Saudara Somad yang berjaya menjinakkan seekor ikan keli seberat 4kg pada jam 4 pagi di kunci air sg.jawi.

 

Klik Disini Untuk Lihat Semua Gambar Trip ini


           

 


Rss_feed

Video Terbaru!

95 views - 0 comments
107 views - 0 comments
103 views - 0 comments
85 views - 0 comments